2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

KADAR KESIHATAN PENDUDUK DUNIA MEMBIMBANGKAN

 

18 JULAI – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan lebih 820 juta penduduk dunia kebuluran dan pada masa sama obesiti turut mencatat rekod yang tinggi.

 

Laporan yang dikeluarkan lima agensi PBB berkaitan makanan, nutrisi dan kesihatan menyatakan, meskipun kebanyakan kadar kebuluran adalah stabil, ramai penduduk dunia masih memikirkan bagaimana untuk mendapatkan makanan.

 

Ketua Pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) José Graziano da Silva memaklumkan terdapat penduduk berasa tidak selamat kerana berada dalam kawasan konflik, dalam negara dengan kadar inflasi tinggi selain dibayar gaji rendah serta tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli makanan.

 

Untuk itu, kira-kira dua bilion penduduk dunia mengalami masalah ini.

 

Laporan yang dikeluarkan Isnin lalu menyatakan, kadar kebuluran tertinggi dicatatkan di Afrika di mana cuaca, konflik dan kemelesetan ekonomi menyebabkan lebih 256 juta penduduknya sukar mendapatkan makanan.

 

Di Asia, lebih 500 juta orang terutama di bahagian selatan mengalami malnutrisi. Hal ini memberi kesan berpanjangan terhadap mangsa terutamanya kanak-kanak.

 

Menurut Pengarah Eksekutif Program Makanan Dunia, David Beasley menyatakan isu kebuluran dunia boleh diselesaikan, namun ia tidak boleh dicapai sekiranya perang dan konflik yang menjejaskan ekonomi global tidak dihentikan.

 

Dalam masa yang sama, laporan turut mendedahkan kes obesiti semakin meningkat. Untuk kali pertama, agensi PBB mengumpulkan data berhubung kadar obesiti dunia yang semakin meningkat.

 

Da Silva menyatakan kira-kira 830 juta orang obes di seluruh dunia dan hal ini terjadi di kebanyakan benua.

 

Menurutnya, trend menunjukkan jumlah orang yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes di Afrika dan Asia tidak lama lagi akan melebihi mereka yang kelaparan.

 

Kadar obesiti meningkat 6.3 peratus dan 7.5 peratus setiap tahun masing-masing di Afrika dan Asia manakala kadar purata global ialah 4.8 peratus.

 

“Obesiti semakin meningkat dengan pantas dan ia merupakan wabak global,” kata da Silva yang turut menggesa makanan dilabel dengan lebih baik dan penggunaan garam, lemak dan gula dalam makanan proses dikurangkan.

 

Beliau turut menyarankan pengambilan makanan segar dan sihat selain menyekat pengiklanan beberapa produk yang menyasarkan kanak-kanak.

 

Sumber: Sinar Harian