2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-05-06 at 3.58.47 PM
Uncategorized @ms

Kabinet Israel luluskan penutupan operasi Al Jazeera

Kabinet Israel secara sebulat suara meluluskan penutupan pejabat dan saluran televisyen Al Jazeera.

Di bawah keputusan itu operasi Al Jazeera dalam bahasa Arab dan Inggeris di Israel boleh dihentikan bagi tempoh awal selama 45 hari dengan kemungkinan untuk beroperasi kembali tidak diketahui.

Menerusi berita Sinar Harian bersumberkan laporan Xinhua, sebaik sahaja usai mesyuarat kabinet itu, Menteri Komunikasi Shlomo Karhi menandatangani dekri bahawa secara rasmi organisasi berita berpangkalan di Qatar itu tidak lagi dibenarkan beroperasi di Israel.

“Sesiapa yang menghasut terhadap negara Israel… tidak lagi akan bersiaran dari Israel dan kelengkapannya akan disita,” Karhi berkata dalam rakaman video yang dihantar ke laman X, dahulunya Twitter.

Tindakan itu diambil selepas Parlimen Israel atau Knesset meluluskan satu undang-undang pada April yang memberikan kuasa kepada Kabinet untuk menutup siaran luar di Israel sekiranya Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menganggap mereka berdasarkan pendapat perkhidmatan keselamatan Israel, merupakan satu ancaman kepada negara.

Sudah sekian lama Israel mendakwa Al Jazeera mempunyai hubungan rapat dengan Hamas yang dinafikan saluran televisyen itu dan pendirian pro-Palestin dalam liputan mengenai tindakan Israel di kawasan yang diduduki di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.