Info SemasaKenyataan Media

JUNTA MYANMAR BAKAR 200 RUMAH PENDUDUK DI KIN MA

YANGON: Junta Myanmar membakar sejumlah rumah di sebuah perkampungan selepas pertempuran berlaku antara pasukan tentera dengan kumpulan gerila tempatan, menyaksikan dua terkorban.

Sebanyak 200 dari 240 rumah di Kin Ma di bakar oleh tentera Myanmar.

Duta United Kingdom (UK) ke Myanmar, Dan Chugg mengutuk insiden itu menerusi Facebook.

“Laporan yang memaklumkan junta tentera membakar rumah penduduk di Magway, membunuh warga emas menunjukkan tentera Myanmar terus melakukan jenayah dan tiada belas kasihan terhadap penduduknya sendiri,” menurut hantaran yang dibuat Chugg dalam Facebook.

Stesen televisyen tempatan bagaimana pun mendakwa kebakaran itu dilakukan oleh kumpulan ‘pengganas’, merujuk kepada kumpulan gerila berkenaan.

Sehingga kini, pergolakan politik di Myanmar meragut lebih 800 nyawa dan 5,000 penunjuk perasaan ditahan junta. 

Sumber: Utusan Malaysia