2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

ISU UIGHUR: CHINA SEKAT 9 INDIVIDU, EMPAT ENTITI DI UK

Beijing: China mengumumkan sekatan terhadap sembilan individu di United Kingdom (UK) dan empat entiti pada Jumaat.

Ia susulan dakwaan bahawa pihak berkenaan ‘menyebarkan maklumat palsu dan pembohongan’ mengenai dasar Beijing terhadap etnik minoriti Muslim Uighur.

Langkah itu dilihat episod baharu dalam perbalahan politik yang menyaksikan beberapa kuasa Barat termasuk Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat, mengemukakan dakwaan mengenai situasi hak asasi di wilayah Xinjiang di barat laut China itu.

Sekurang-kurangnya satu juta penduduk Uighur dan individu daripada kumpulan Muslim ditahan di kem di wilayah berkenaan, menurut kumpulan hak asasi manusia.

Antara lain, dakwaan bahawa pihak berkuasa melakukan termasuk buruh paksa dan pemandulan wanita.

Dalam pada itu, pengumuman sekatan China pada Jumaat itu termasuk kepada Duncan Smith yang juga bekas pemimpin kepada Parti Konservatif di UK dan ahli Parlimen lain.

“UK mengenakan sekatan unilateral kepada beberapa individu daripada China dan entiti,” kata Kementerian Luar China dalam satu kenyataan.

“Langkah ini, yang bersandarkan pembohongan dan maklumat yang tidak tepat, melanggar undang-undang antarabangsa serta hubungan dua hala, selain campur tangan dalam hal ehwal China, memberi kesan kepada hubungan China dan UK.”

Kenyataan itu berkata, individu yang disekat itu akan dihalang daripada memasuki China termasuk Hong Kong dan Macau.

Selain itu, aset mereka di China akan dibekukan, manakala rakyat dan institusi di China dihalang daripada melakukan sebarang hubungan dengan pihak berkenaan.

Selain itu, ia memberi amaran kepada UK untuk tidak mengambil ‘jalan yang salah’.

Sumber: Harian Metro