2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

ISRAEL, UAE RANCANG HAPUS UNRWA

‘Rancangan berlangsung ketika kedua-dua pihak umum normalisasi hubungan’

UNRWA juga membantu lebih dua juta penduduk Gaza yang menderita akibat sekatan rejim Zionis sejak 10 tahun lalu.

Menurut Le Monde, rancangan itu telah berjalan sejak Israel dan UAE mengumumkan hubungan normalisasi antara satu sama lain pada Ogos.

Hal ini berikutan UNRWA telah berhenti daripada menerima dana Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang membawanya ke ambang muflis.

Sebelum ini, UAE bersama Qatar dan Arab Saudi telah menjadi penyokong utama UNRWA pada 2018 dan 2019.

AS, yang juga penyumbang tunggal UNRWA terbesar telah mengurangkan sumbangannya daripada AS$360 juta menjadi hanya AS$60 juta pada 2018, seterusnya jumlah bantuan itu menjadi sifar pada 2019.

Ketua Pesuruhjaya UNRWA, Pierre Krahenbuhl ketika itu mengecam bantuan yang dihentikan AS.

“Maruah dan keselamatan jutaan pelarian Palestin telah dipertaruhkan, di mana mereka memerlukan bantuan makanan dan keperluan lain di Jordan, Lubnan, Syria, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza,” katanya.

UNRWA ditubuhkan untuk memberi bantuan kepada pelarian Palestin dan mandatnya diperbaharui setiap tiga tahun.

Agensi itu turut menyediakan perkhidmatan persekolahan dan perubatan kepada jutaan pelarian miskin di Jordan, Lubnan dan Syria, serta wilayah Palestin.