2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-03-05 at 9.22.07 AM
Info Semasa

Israel terus rakus bedil Gaza

Tentera Israel hari ini memperhebatkan operasi di Khan Younis, bandar dekat selatan Gaza, sambil mendakwa berjaya membedil puluhan sasaran Hamas menerusi serangan udara dan artilerinya.

Dalam operasi itu, tentera udara dan artileri mendakwa membedil kira-kira 50 sasaran dalam masa enam minit sebagai usaha memperhebat capaian operasi di kawasan terbabit, lapor Berita Harian.

“Dalam serangan itu, tentera memusnahkan infrastruktur dan menghapuskan pejuang Hamas yang beroperasi di kemudahan awam dekat kawasan bandar,” dakwanya.

Penduduk di kawasan itu ternyata terkejut dengan kemaraan pantas kereta kebal rejim Zionis yang mencetuskan pertempuran baharu dengan warga Palestin.

Menerusi hantaran di media sosial berhubung situasi di kawasan itu, beberapa keluarga berkongsi kekangan dihadapi termasuk tidak boleh meninggalkan kediaman kerana jalan dikawal kereta kebal.

Kumpulan pejuang Palestin mendakwa berjaya memusnahkan dua kereta kebal dengan roket selain meletupkan sebuah bangunan dimasuki tentera Israel.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Khan Younis menjadi tumpuan serangan tentera Israel.