ISRAEL SERANG KAWASAN PERTANIAN SEMENANJUNG GAZA
Baitulmaqdis – Pesawat tempur Israel melancarkan serangan dengan menyasarkan kawasan pertanian di timur Semenanjung Gaza pada Ahad malam, menurut agensi berita Anadolu.
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Tentera Israel mendakwa pihaknya berjaya menyerang kawasan milik kumpulan Palestin Hamas.
Serangan udara itu sebagai tindak balas terhadap bedilan roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza.
Setakat ini, tiada kumpulan Palestin di Gaza mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.
Sumber: Harian Metro
329