2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-02-03 at 4.29.33 PM
Info Semasa

Israel serang Gaza, balas bedilan roket Hamas

GAZA: Pesawat tempur Israel menyerang Gaza semalam adalah sebagai tindak balas terhadap bedilan roket Palestin, beberapa hari selepas Amerika Syarikat (AS) menggesa semua pihak bertenang, namun tiada tanda peningkatan ketara keganasan dilaporkan.

Tiada laporan mengenai angka korban yang serius kerana kedua-dua pihak berbalas serangan seperti yang selalu berlaku, tanpa mahu mengambil risiko konflik lebih besar.

Menurut laporan yang dikeluarkan Berita Harian, Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, berkata Israel yang mengutip cukai bagi pihak Pihak Berkuasa Palestin (PA), akan menggunakan 100 juta shekel ($29 juta) daripada dana PA untuk membayar pampasan kepada mangsa serangan pejuang Palestin.

Sementara itu, tentera berkata, serangan udaranya menyasarkan tapak pengeluaran roket dan senjata yang digunakan Hamas, sebagai membalas pelancaran roket oleh kumpulan itu kelmarin.

Bagaimanapun dalam laporan sama, tiada kumpulan Palestin melaporkan bedilan roket seperti yang dinyatakan Israel, sebaliknya letupan kuat hanya menggegarkan bangunan di Gaza dengan kawasan sekitar mengeluarkan amaran mengenai bedilan roket, awal pagi semalam.

Barisan Demokratik bagi Pembebasan Palestin (DFLP) berkata pihaknya membedil beberapa roket sebagai tindak balas kepada serangan udara dan ‘pencerobohan sistematik’ terhadap tahanan Palestin di penjara Israel.

Serangan balas itu menggariskan ketegangan antara Israel dan Palestin selepas seorang lelaki bersenjata warga Palestin menembak mati tujuh orang berhampiran rumah ibadat di pinggir Baitulmaqdis, menyusuli serbuan Israel di Tebing Barat yang membunuh 10 rakyat Palestin, termasuk lapan pejuang.