2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-05-15 at 10.23.55 AM
Info Semasa

Israel rosakkan Hospital Indonesia di Gaza

JAKARTA: Serangan bom Israel pada hari ke lima semalam, merosakan kemudahan di Hospital Indonesia yang terletak di Bayt Lahiya, Gaza Utara, lapor salah seorang sukarelawan Indonesia di Semenanjung Gaza kepada Astro Awani.

Kabel eletrik dan sistem penghawa dingin serta siling di beberapa bilik hospital itu runtuh.

“Terdapat kemudahan hospital mengalami kerosakan serius setelah tentera Israel membedil kawasan penduduk disekitar hospital”, lapor sukarelawan berkenaan.

Sejak serangan hari pertama pada Selasa, Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan 33 rakyat Palestin termasuk wanita, kanak-kanak dan warga emas terbunuh,dan 150 yang lain cedera.

Sejumlah mangsa turut dibawa dan dirawat di Hospital Indonesia, menurut MER-C, organisasi sosial kemanusiaan Indonesia dalam bidang kecemasan perubatan yang ditubuhkan pada 14 Ogos 1999.

“Kami mengutuk pencerobohan Israel terhadap orang awam Gaza dan serangan yang merosakkan kemudahan kesihatan yang dilindungi undang-undang antarabangsa.

“Kami meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Kerjasama Islam dan masyarakat antarabangsa segera menghentikan tindakan melampau Israel,” kata wakil pertubuhan yang menjayakan pembinaan Hospital Syuhada Al Aqsa.