WhatsApp Image 2024-01-19 at 2.09.16 PM
Uncategorized @ms

Israel perlu benarkan penduduk Gaza pulang ke rumah

Israel sepatutnya membenarkan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Gaza pulang ke rumah masing-masing.

Menurut Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi yang dipetiik dari Berita Harian, Israel sepatutnya membenarkan penduduk Palestin untuk pulang ke rumah mereka.

Bercakap pada sidang akhbar dengan Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan di Amman, Safadi juga berkata adalah penting untuk menamatkan perang di Gaza dan mengelakkan peningkatan keganasan yang lebih luas di rantau itu.

“Berkait keadaan semasa yang jelas adalah, menamatkan pencerobohan di Gaza, membenarkan bantuan kemanusiaan secara tetap yang mencukupi ke semua bahagian di Semenanjung Gaza, iaitu selatan dan utara.

“Kemusnahan juga perlu dihentikan dan mengembalikan penduduk Gaza yang terlantar ke tempat mereka,” katanya.

Kumpulan bersenjata yang disokong oleh Iran melancarkan serangan di Lubnan, Syria, Iraq dan Yaman sebagai solidariti terhadap rakyat Palestin.