2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

ISRAEL PAKSA KELUARGA PALESTIN ROBOHKAN RUMAH SENDIRI

BAITULMUQADDIS: Tentera Israel memaksa lapan penduduk Palestin merobohkan rumah mereka sendiri di kejiranan Sur Baher.

Lapor Quds News Network, keluarga Abu Kaf menerima arahan dari Majlis Perbandaran Israel yang menggunakan alasan kononnya kediaman itu dibina tanpa permit.

Abu Kaf mempunyai seramai lapan ahli keluarga dan tinggal di kejiranan itu sejak 10 tahun lalu.

“Kami tiada tempat tinggal sekarang dan tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan,” luahnya.

Keluarga itu berkata, Majlis Perbandaran Israel mengarahkan mereka merobohkan kediaman sendiri atau perlu membayar denda lebih tinggi yang dikenakan bagi kos perobohan melibatkan kakitangan dan polis majlis tersebut.

Israel merobohkan rumah dan struktur secara berkala bagi menyekat perkembangan penduduk Palestin di Baitulmuqaddis yang dijajah.

Sumber: Utusan