2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

ISRAEL MENYUKARKAN PENDUDUK PALESTIN UNTUK TUNAI SOLAT TARAWIH

BAITULMAQDIS, 10 Mei – Rejim Zionis bertindak semakin kejam ke atas umat Islam di Palestin pada bulan Ramadan.

Polis Israel menutup laluan utama di kawasan kejiranan Silwan di Baitulmaqdis Utara selepas beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib.

 

Pusat Maklumat Wadi Hilweh menyatakan penutupan itu dibuat ketika penduduk Palestin sedang sibuk bersiap untuk berbuka puasa pada petang Selasa lalu.

“Tentera dan polis Israel menutup Jalan Wadi Hilweh serta beberapa jalan lain menuju ke Masjid al-Aqsa.

“Jalan yang terletak di selatan Masjid al-Aqsa itu ditutup tanpa sebarang amaran dan penduduk Palestin dilarang melaluinya.

“Tindakan tersebut menyebabkan penduduk yang menuju ke masjid atau pulang ke rumah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, ketika azan Maghrib mula berkumandang,” kata kumpulan itu.

Tindakan Israel itu sekali gus mengganggu persiapan penduduk Palestin untuk berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih.

Sumber: Sinar Harian