2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-04-18 at 11.32.10 PM
Uncategorized @ms

Israel kembali takluk utara Gaza, lancar serangan udara di Rafah

Kereta kebal Israel kembali ke utara Gaza semalam selepas meninggalkan bahagian terkepung itu beberapa minggu lalu.

Dalam laporan Berita Harian melaporkan, pesawat pejuang turut melancarkan serangan udara ke atas Rafah, tempat perlindungan terakhir rakyat Palestin di selatan wilayah itu sehingga membunuh dan mencederakan ramai orang, menurut pegawai perubatan dan penduduk.

Penduduk memaklumkan terdapat gangguan internet di kawasan Beit Hanoun dan Jabalia di utara Gaza.

Kereta kebal menghampiri Beit Hanoun dan mengepung beberapa sekolah di mana keluarga pelarian sedang berlindung, kata penduduk dan saluran media kumpulan Palestin.

Askar pendudukan mengarahkan semua keluarga di dalam sekolah dan rumah berdekatan dengan kawasan kereta kebal untuk berpindah. Tentera Zionis itu turut menahan lelaki, menurut seorang penduduk di utara Gaza kepada Reuters.

Beit Hanoun kini menjadi rumah kepada 60,000 orang iaitu antara kawasan pertama yang menjadi sasaran serangan darat Israel di Gaza Oktober lalu.

Disebabkan pengeboman hebat itu, ia menjadikan sebahagian besar Beit Hanoun yang pernah dikenali sebagai ‘bakul buah’ kerana kebunnya, menjadi bandar hantu yang terdiri daripada timbunan runtuhan.

Ketika pengunduran tentera Israel, banyak keluarga mula kembali Beit Hanoun dan Jabalia dalam beberapa minggu kebelakangan ini, tetapi bertindak untuk berpindah semula berikutan serbuan baharu itu, kata beberapa penduduk.

Pegawai kesihatan Palestin berkata serangan Israel membunuh empat orang dan mencederakan beberapa yang lain di Rafah, di mana lebih separuh daripada 2.3 juta penduduk Gaza berlindung dan bersiap sedia untuk serangan darat Israel yang dirancang ke atas bandar itu.

Selepas enam bulan bertempur, masih tiada tanda-tanda kejayaan dalam rundingan disokong Amerika Syarikat serta diketuai Qatar dan Mesir untuk mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza.

Israel dan Palestin kini masih berpegang pada syarat-syarat mereka yang tidak dapat dicapai.