2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-01-15 at 3.33.48 PM (2)
Uncategorized @ms

Israel gagal di Gaza dan akan berunding – Ketua Hizbullah

Hizbullah di Lubnan yang disokong Iran semalam menegaskan Israel gagal mencapai objektifnya di Gaza, sekali gus memaksa rejim Zionis itu untuk cuba beralih kepada rundingan.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah, yang bercakap dalam televisyen mempersoalkan pencapaian rejim Zionis dalam tempoh 100 hari peperangan Israel-Palestin, selain daripada pembunuhan.

“Mereka tidak memiliki atau memperlihatkan sebarang pencapaian, selain gagal mencapai objektif diisytihar, separuh diisytiharkan mahupun yang tersirat.

“Kerajaan musuh tiada pilihan selain menerima syarat penentangan di Gaza yang akan menamatkan pencerobohan terhadap kawasan berkenaan dan memasuki fasa rundingan, jika keadaan ini berterusan, sama ada di Gaza, Tebing Barat, Lubnan, Yaman atau Iraq,” katanya.

Ucapan itu sempena memperingati kematian komander kanan Hizbullah, Wissam Tawil yang dibunuh rejim Zionis di selatan Lubnan, pada 8 Januari lalu.

Berdasarkan kiraan AFP mengikut angka Tel Aviv, peperangan di Gaza mengorbankan kira-kira 1,140 orang di Israel.

Kementerian Kesihatan kendalian Hamas pula menyatakan, pengeboman tanpa henti dan serangan darat di Gaza membunuh sekurang-kurangnya 23,968 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Sejak perang bermula, pertukaran tembakan merentasi sempadan Israel-Lubnan antara sekutu Hamas, Hizbullah dan rejim Zionis berlaku hampir setiap hari.

Pemberontak Huthi Yaman yang turut disokong Iran menyerang perkapalan, dikatakan ada kaitan dengan Israel, sebagai solidariti terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Di Iraq dan Syria pula, pejuang pro-Iran meningkatkan serangan terhadap tentera Amerika Syarikat (AS) dan negara lain.

Sementara itu, Hassan turut mengecam serangan udara AS dan Britain yang menyasarkan pemberontak di Yaman sebagai tindak balas kepada serangan Houthi ke atas kapal, Jumaat lalu.

“Tindakan AS di Laut Merah akan membahayakan keselamatan semua pelayaran maritim,” katanya.