WhatsApp Image 2022-11-29 at 9.43.22 AM (1)
Info Semasa

Israel curi sumber air Palestin

RAMALLAH – Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh mengutuk keras tindakan Israel merampas dua pertiga daripada sumber air bawah tanah Palestin di seluruh Tebing Barat yang diduduki.

Menurutnya, Israel mencuri 600 juta meter padu daripada 800 juta meter padu air Palestin dan mengalihkannya ke bandar dan penempatan haram Yahudi.

Secara purata peneroka Israel menggunakan 430 liter air setiap hari, manakala seorang rakyat Palestin hanya menggunakan 72 liter, lebih kurang daripada purata global 120 liter,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Penduduk Palestin sering berhadapan pemotongan air dan tidak dibenarkan menggali perigi sejak 1967 walaupun pertumbuhan terus meningkat.

Rejim Zionis sejak awal melihat penguasaan sumber air sebagai sangat penting ketika membentuk negara Israel.

Sumber: Sinar Harian