2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

HASRAT BINA KUBUR ISLAM DI EROPAH TERBESAR DITENTANG

LONDON: Rancangan hartawan Zuber dan Mohsin Issa untuk membina tapak perkuburan Islam terbesar di Eropah, menerima kecaman daripada pegawai pemuliharaan majlis perbandaran.

Lapor Daily Mail, satu laporan berhubung cadangan pembinaan 35,000 tapak perkuburan di West Pennines di Lancashire itu, dikatakan ‘tidak sesuai dengan landskap warisan tempatan’.

Majlis Hyndburn menerusi satu laporan mendakwa ‘perpaduan visual’ di sekitar kawasan luar bandar itu kononnya akan hilang sekiranya Taman Memorial Issa melibatkan tanah seluas 33.9 hektar dibina.

Tapak perkuburan yang dicadangkan itu akan meliputi ruang sebesar 40 padang bola sepak. 

Pembinaan tapak perkuburan itu akan dibiayai oleh Yayasan Issa iaitu sebuah badan amal diasaskan hartawan bersaudara berkenaan.              

Zuber dan Mohsin Issa merupakan pemilik pasar raya terkemuka Asda.

Tapak baharu itu yang terletak berhampiran pekan kecil Oswaldtwistle, Blackburn akan membantu menampung tanah perkuburan Islam terbesar sedia ada, The Garden Of Peace di timur London yang mempunyai 10,000 tapak.

Setakat ini, ribuan penduduk tempatan membantah rancangan tersebut dengan rata-rata menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan kesesakan dan kesan ke atas hidupan liar.

Sementara itu, laporan dikemukakan pegawai pemuliharaan turut menyatakan eksekutif majlis perbandaran perlu membuat penilaian lanjut sama ada manfaat projek itu melebihi potensi bahaya.

Sumber: Utusan