2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
44b97c00-1658-43b2-a15b-83cf4cdfb38d.jpg
Info Semasa

Hamas hukum mati lima rakyat Palestin, dua daripadanya jadi tali barut Israel

GAZA CITY: Pergerakan Hamas yang mentadbir Semenanjung Gaza hari ini mengumumkan mereka menjalankan hukumann mati terhadap lima rakyat Palestin, termasuk dua daripadanya yang didapati bersalah kerana bersekongkol dengan Israel.

“Pada pagi ini, seramai lima orang menjalani hukuman mati, dua daripadanya bersalah kerana bekerjasama dengan Israel, manakala tiga lagi akibat kes jenayah,” kata Hamas menerusi kenyataan.

Pergerakan itu menjelaskan, kesemua defendan sudah pun diberi peluang untuk membela diri sebelum keputusan dibuat.

Kementerian Dalam Negeri Hamas hanya mendedahkan tahun kelahiran lima pesalah yang dihukum mati, tanpa menyebut nama mereka.

Katanya, seorang daripada pesalah yang didapati menjadi tali barut Israel merupakan penduduk di Khan Yunis dan mula menjadi perisik Zionis sejak 1991.

Pesalah kedua pula didakwa menyalurkan maklumat kepada perisik Israel pada 2001 sehingga menyebabkan ramai penduduk awam menjadi mangsa pembunuhan tentera Zionis.

Tiga lagi pesalah yang menjalani hukuman mati itu pula disabit kesalahan membunuh.

Sumber: Utusan