2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Untukmu Yaman
RM178,077 dari RM100,000

Krisis kemanusiaan di Yaman dicatatkan sebagai bencana terburuk di dalam dunia.

Jutaan rakyat di dalam negara itu kelaparan dan mengharapkan perhatian kita.

Ketika ini lebih dari 17.4 juta orang memerlukan bantuan makanan untuk kelangsungan hidup dan jumlah ini terus meningkat sehingga kini.

Bilangan yang terjejas telah meningkat sebanyak 1.2 juta sepanjang tahun 2021 dan dijangkakan akan mencecah 20 juta orang pada tahun 2023 ini.

Kemelut peperangan di Yaman telah menyebabkan ramai terkorban.

Krisis kelaparan Yaman terburuk, lebih parah jika tidak dibantu, tegas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Disebabkan konflik ini, ramai dari kalangan mereka telah mengalami masalah kesihatan disebabkan kekurangan makanan dan bekalan air bersih.

Ramai kanak-kanak yang menderita pelbagai penyakit disebabkan kekurangan makanan sehingga memaksa mereka untuk makan makanan tidak berkhasihat.

Ramai yang maut bukan hanya disebabkan peperangan, tetapi disebabkan krisis makanan yang melampau.

Seorang bapa membawa anaknya yang mengalami kekurangan zat makanan.

Beginilah keadaan anak-anak di Yaman yang mengalami pelbagai penyakit disebabkan konflik yang berlarutan.

Konflik yang telah berlarutan lebih lapan tahun telah meragut ratusan ribu nyawa dan memaksa jutaan orang kehilangan tempat tinggal mereka. Situasi ekonomi sedang dalam kehancuran, perkhidmatan asas semakin merudum.

Bumi Yaman adalah bumi yang didoakan oleh Rasulullah SAW, Sabda Rasulullah SAW: ”Ya Allah ya Tuhan kami, berkatilah bagi kami pada Syam kami, Ya Allah ya Tuhan kami, berkatilah bagi kami pada Yaman kami.

Serantau Muslim akan mengadakan misi khas ke Yaman untuk membantu menyalurkan sumbangan daripada rakyat Malaysia.

Atas dasar kebersamaan sebagai saudara sesama muslim, Serantau Muslim melancarkan kempen Untukmu Yaman dalam usaha membantu saudara kita di Bumi Syam ini dengan pelbagai program untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Kami membuka ruang dan peluang kepada anda untuk bersama-sama dalam misi ini, sokongan daripada sumbangan dan doa sangat kami hargai.

Kini team Serantau Muslim sedang berada di Negara Yaman untuk melaksanakan misi bantuan disana. Pelbagai program jangka masa pendek dan jangka masa panjang akan dilaksanakan.

Antaranya ialah bantuan kecemasan makanan dan minuman kepada 250 buah keluarga pelarian di Yaman; membaik pulih pembinaan sekolah dan rangkaian pendidikan; menyuntik dana permulaaan ekonomi untuk jana pendapatan berterusan dan membina mobil klinik untuk rawatan perubatan di kem pelarian.

Jom! Kita Bantu Yaman.

RM
Pilih Kaedah Pembayaran
Maklumat Peribadi

Jumlah Derma: RM10

[affiliate_info_referred]Your site representative is [affiliate_info_name][/affiliate_info_referred]