2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

GUNUNG BERAPI TONGA MELETUS: TIADA ANCAMAN TSUNAMI KEPADA MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian letusan gunung berapi dasar laut di perairan Tonga.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Muhammad Helmi, hasil pemantauan berterusan daripada pihaknya.

“Pemerhatian juga dilakukan berdasarkan semakan bacaan tolok pasang surut, boya antarabangsa dan tempatan serta maklumat laman sesawang Regional Tsunami Service Providers (RTSP).

“MET Malaysia akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini yang berkaitan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat gempa dan amaran tsunami terkini melalui laman web http://www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MET Malaysia serta hotline 1-300-22-1638.

Semalam, letusan gunung berapi di Pasifik Selatan mencetuskan gelombang tsunami di Tonga berdekatan utara Jepun selain amaran gelombang laut berbahaya dikeluarkan sejauh pantai barat Amerika Syarikat (AS).

Sumber: AlHijrah