2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
admin@serantaumuslim.org.my
03-8408 1789
RM97,398 dari RM100,000
RM
Pilih Kaedah Pembayaran
Maklumat Peribadi

Jumlah Derma: RM30

Tragedi ngeri dan tragis telah melanda Turkiye dan sempadan Syria. Gempa bumi dahsyat telah meragut ribuan nyawa dan mencederakan puluhan ribu orang.

Lihatlah rakaman detik tragedi itu berlaku dan kesan daripadanya. Memang amat-amat dahsyat.

Mereka Teruji, Kita Diuji"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat (pahala) daripada (kebaikan) yang dilakukannya dan dia mendapat (seksaan) daripada (kejahatan) yang dilakukannya." (Surah Al-Baqarah: 286)
Di dalam video ini menggambarkan rakyat Syria yang diuji dengan gempa bumi dan kita juga turut diuji dengan iman dan keprihatinan kita terhadap saudara kita di sana. Jadi marilah kita menghulurkan bantuan kepada saudara kita agar hidup kita diberkati oleh Allah SWT.
Trauma Healing ❤️‍🩹Kunjungan rakyat Malaysia ke Syria bagi misi bantuan mangsa-mangsa gempa bumi di Syria mengukir senyuman rakyat Syria terutama insan-insan yang masih suci dan kecil ini.  Pelbagai aktiviti yang menarik dan pengagihan makanan telah dilakukan bagi membantu mengurangkan kesusahan dan kesedihan mereka.Ayuh bantu mangsa-mangsa gempa bumi di Syria ini dengan memberi sumbangan kepada kami dengan seikhlas hati.
Mangsa Gempa Bumi Turkiye Ucap Terima Kasih Kepada Rakyat MalaysiaMenjalinkan hubungan antara sesama umat islam adalah perkara yang sangat mulia dan dituntut dalam agama islam. Kebaikan dan bantuan yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Turkiye memberi kesan yang positif dan sekaligus dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan rakyat Turkiye.Marilah kita sama-sama membantu saudara kita di sana.
Turkiye dilanda ujian yang sangat dahsyat, lebih 50 ribu maut akibat gempa bumi. Ujian yang mereka hadapi itu adalah ujian buat diri kita. Allah sedang uji sikap dan keprihatinan kita
Lihatlah bagaimana sifat dan reaksi disaat mereka menghadapi ujian yang besar.Mereka menjadi pelarian di negara mereka sendiri, dizalimi dengan penuh rencam.Kini mereka diuji dengan bencana gempa bumi. Ada dari kalangan mereka kehilangan ibu atau ayah mahupun ahli keluarga. Rumah mereka ranap dan musnah.Namun mereka tetap syukur dengan ujian daripadaNya. Bagaimana dengan diri ini 🥹
Anak-anak mangsa gempa bumi Syria sambut kehadiran NGO Malaysia dengan penuh meriah!
Beginilah nasib pelarian Syria yang menjadi mangsa gempa bumi
Serantau Muslim menyantuni dan menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Bozhoyuk, Antakya, Turkiye.

Gempa bumi berukuran 7.8 magnitud tersebut telah ‘memukul’ 10 wilayah termasuk wilayah Osmaniye, Sanliurfa dan lain-lain lagi yang terletak berhampiran sempadan Turkiye dengan Syria.

Pukulan gempa itu menyebabkan rumah-rumah dan bangunan runtuh. Ribuan maut dalam runtuhan itu dan ramai masih terperangkap di bawah runtuhan akibat gempa.

Tragedi ini sangat mengejutkan, mereka ketika sedang ‘derita’ menghadapi musim sejuk melampau, hujan dan bersalji. 

Jumlah kematian di Turkiye meningkat kepada 2,379 setakat ini dengan angka terkini dari Syria berjumlah 1,444. Ia menjadikan jumlah kematian keseluruhan setakat ini kepada lebih 3,823. Angka kematian dijangka meningkat dengan ketara.

Beribu-ribu lagi cedera, dan usaha menyelamat masih diteruskan. Ramai masih terperangkap di celahan runtuhan. Mangsa yang terjejas masih dalam trauma dan terjejas. Ada yang kelaparan dan kesejukan.

Ini duka kita, ujian mereka itu adalah tanggungjawab kita. Bantuan segera diperlukan untuk mangsa gempa bumi ini. 

Kita harus bersolidariti dengan memberikan bantuan sedaya mampu dalam mengurangkan beban mereka, menyelamatkan nyawa mereka, memberi sinar kegembiraan kepada mereka.

Antara contoh keperluan penting setakat ini adalah :

Makanan Siap Masak
Khemah
Air bersih
Winter Kit
Hygiene Kit

Kita jangan ketinggalan dan membiarkan begitu sahaja mereka yang sedang diuji. Kita harus bersama. Bersama kami membantu mereka.

Untuk mengetahui update terkini, boleh ikuti kami di Channel Telegram rasmi :

RM
Pilih Kaedah Pembayaran
Maklumat Peribadi

Jumlah Derma: RM30

Penyumbang

Rosalina

25 Mac 2023

Moga Allah berikan kesihatan dan keselamatan buat kita semua

Jumlah Sumbangan
RM30

WOOK BINTI NGAH

22 Mac 2023

saya sedekahkan untuk pihak mak saya WOOK BINTI NGAH

Jumlah Sumbangan
RM500

Hamba Allah

21 Mac 2023

Allah Maha Berkuasa, Makhluk tiada kuasa.. LAILAHAILLALLAH ☝🏽

Jumlah Sumbangan
RM30

ADNAN

18 Mac 2023

Shaja aku bsedekah Ken allah taala

Jumlah Sumbangan
RM30

siti fairos binti ibrahim

18 Mac 2023

tq

Jumlah Sumbangan
RM30

Medina eryna binti mohammad ariff fadhli

13 Mac 2023

Semoga derma ini dapat membantu ramai orang yang sedang memerlukan .. dan dipermudahkan urusan … Baca

Semoga derma ini dapat membantu ramai orang yang sedang memerlukan .. dan dipermudahkan urusan aamiin ❤️

Jumlah Sumbangan
RM100

Sabtu Bin Yaacob

12 Mac 2023

Infaq dari arwah ayah kami

Jumlah Sumbangan
RM200

NORSIAH

3 Mac 2023

Moga Allah beri perlindungan kepada kita semua

Jumlah Sumbangan
RM30

Norakasha Rusli

3 Mac 2023

Semoga Allah berkati kita semua dunia dan akhirat dan satukan kita semua kembali di syurga … Baca

Semoga Allah berkati kita semua dunia dan akhirat dan satukan kita semua kembali di syurga FirdausNya. Aamiin

Jumlah Sumbangan
RM30
Kongsi Pautan Ini