Info SemasaKenyataan Media

GEMPA BUMI PAKISTAN: ANGKA KEMATIAN MENINGKAT 20 ORANG

QUETTA: Angka kematian akibat gempa bumi sekuat 5.7 pada skala Richter yang melanda selatan Pakistan awal pagi tadi meningkat kepada 20 orang.

Pegawai kanan wilayah, Suhail Anwar Hashmi berkata, kebanyakan mangsa dihempap bumbung dan dinding yang runtuh.

Menurut beliau, seorang wanita dan enam kanak-kanak antara yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 3 pagi waktu tempatan itu.

Kawasan teruk dilanda gempa bumi adalah di kawasan pergunungan di Harnai, Balochistan, dengan usaha menyelamat bertambah sukar ekoran jalan yang tidak berturap selain masalah elektrik dan liputan telefon bimbit.

Gegaran turut dirasai di ibu kota wilayah Balochistan, Quetta.

Sumber: Utusan