2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

GEMPA BUMI LANDA MINDANAO

MANILA, 17 Okt – Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi kuat dengan kekuatan 6.4 pada skala Richter telah menggegarkan Mindanao, Filipina semalam.

Gempa yang berlaku pada 7.37 petang waktu tempatan menyebabkan ratusan orang ramai berlari keluar dari pusat membeli belah dan seorang lelaki warga emas dilaporkan cedera.

Stesen televisyen ABS-CBN melaporkan bahawa lelaki terbabit menerima rawatan selepas terkena objek jatuh semasa gempa bumi itu.

USGS turut menyatakan bahawa gempa tersebut berlaku kira-kira 7.7 kilometer di bandar Columbio, Mindanao pada kedalaman 14 kilometer.

Filipina yang terletak dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik dilihat kerap merekodkan aktiviti seismik.

Sumber: Berita Harian