GEMPA BUMI KUAT LANDA KEPUALAUAN KURIL
KUALA LUMPUR, 14 Feb – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Kuril pada jam 6.33 petang semalam.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku di kedudukan 563 kilometer timur laut dari Asahikawa, Jepun.
Ia tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sumber: Berita Harian
321