2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

AS MEMBALAS SERANGAN PERTAHANKAN TENTERANYA DI SYRIA

BEIRUT, 13 Feb – Pasukan tentera bersekutu diketuai Amerika Syarikat (AS) di timur laut Syria membalas serangan pejuang bersenjata selepas pasukannya diserang dekat bandar Qamishli.

Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain, melaporkan serangan AS itu dalam pertembungan di perkampungan Khirbet Amo, tetapi dinafikan jurucakap tentera bersekutu, Myles Caggins.

“Pasukan bersekutu yang melakukan rondaan dekat Qamishli bertembung dengan pos kawalan dikuasai pejuang pro Syria.

“Tentera bersekutu diserang pejuang terbabit, memaksa mereka membalas tembakan bagi mempertahankan diri,” katanya.

Jelas Caggins, pasukan itu selamat kembali ke pangkalan selepas keadaan berjaya dikawal.

Wartawan AFP melaporkan melihat kereta perisai mengibarkan bendera AS meninggalkan perkampungan itu.

Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria pula melaporkan pejuang yang setia kepada regim Syria cuba menghalang tentera bersekutu memasuki kampung itu dengan melepaskan tembakan ke udara.

Bagaimanapun, tentera AS bertindak balas dengan menyerang mereka, mengakibatkan seorang terbunuh.

Khirbet Amo adalah antara beberapa kawasan dikuasai puak Kurdish, yang dikawal tentera pro kerajaan Syria.

Tentera AS berada di kawasan itu sebagai sebahagian daripada pasukan tentera bersekutu bagi menyingkirkan saki baki pengganas Daesh.

Sumber: Berita Harian