2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

GAZA BINA SEMULA RUMAH YANG DIMUSNAHKAN ISR@EL

GAZA: Pembangunan semula kediaman di Gaza yang musnah atau rosak dalam konflik Mei lalu antara Israel dan Hamas akan bermula awal bulan depan dengan bantuan pembiayaan dari Qatar.

Pemerintahan Gaza yang dikendalikan Hamas berkata serangan udara Israel selama perang 11 hari itu memusnahkan kira-kira 2,200 rumah dan merosakkan 37,000 yang lain.

Menurut Timbalan Menteri Perumahan dan Pekerjaan Awam di Gaza, Naji Sarhan, kira-kira 1,800 rumah yang musnah atau rosak akan dibina semula daam fasa pertama.

“Israel sudah menarik balik beberapa sekatan berkaitan keluli dan simen untuk memasuki wilayah ini sejak beberapa hari lalu, kita jangka pembinaan dalam dimulakan dalam minggu pertama Oktober ini.

“Minggu lalu, Mesir mula memperbaiki jalan pesisir utama Gaza, sebahagian daripada rancangan yang lebih luas untuk memperbaiki infrastruktur Gaza,” katanya.

Pegawai Palestin memaklumkan, 250 orang termasuk 66 kanak-kanak, terbunuh dalam serangan udara dilancarkan Israel terhadap Gaza selama 11 hari itu.

Selepas gencatan senjata diumumkan pada 21 Mei, akses kepada dana dan bahan binaan menjadi permintaan utama Hamas.

Israel mengehadkan bahan binaan memasuki wilayah itu atas alasan Hamas menggunakannya untuk membina kubu dan mendapatkan senjata bagi melakukan serangan.

Bagaimanapun, selepas memeterai perjanjian dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Qatar, Israel membenarkan sekitar AS$20 juta (RM84 juta) bantuan dari negara teluk itu untuk memasuki Gaza bulan ini.

Pegawai Gaza menganggarkan memerlukan sekitar AS$479 juta (RM2 bilion) untuk membina semula rumah dan infrastruktur yang rosak dalam pertempuran Mei lalu itu.

Qatar dan Mesir masing-masing berjanji menyumbangkan AS$500 juta (RM2.09 bilion) untuk pembinaan semula Gaza.

Sumber: Berita Harian