2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-02-15 at 4.19.42 PM
Info Semasa

EU tolak keputusan Israel iktiraf 9 lagi penempatan baharu di Tebing Barat

LONDON: Kesatuan Eropah (EU) menolak keputusan Israel mengiktiraf sembilan lagi kawasan perumahan Yahudi di Tebing Barat sebagai penempatan baharu.

Menurut Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell dalam satu kenyataan, beliau menegaskan keputusan pihak berkuasa Israel itu tidak diterima oleh EU, lapor Berita Harian.

Kenyataan itu memaklumkan penempatan Yahudi adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa dan ia tidak diiktiraf sebahagian besar negara serta badan antarabangsa.

Dalam laporan sama, EU juga membuat gesaan kepada pihak berkuasa Israel untuk menghentikan pembinaan penempatan dan segera membatalkan keputusan itu.

Sebuah jawatankuasa di bawah Kabinet Keselamatan Israel pada Ahad lalu meluluskan rancangan untuk membatalkan undang-undang mengenai pemisahan dari utara Tebing Barat yang digubal pada 2005.

Buat makluman, kira-kira 650,000 penceroboh Yahudi tinggal di 164 penempatan dan 116 pos di Tebing Barat.

Di bawah undang-undang antarabangsa, semua penempatan Yahudi di wilayah yang didiami adalah tidak sah.