2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-05-24 at 9.50.11 AM
Info Semasa

Tentera Israel roboh rumah pejuang Palestin

NILIN: Tentera Israel merobohkan rumah pejuang Palestin di Tebing Barat yang terbunuh dalam insiden tembakan di tengah Tel Aviv pada Mac lalu.

“Pasukan tentera dan polis sempadan memusnahkan rumah di kampung Nilin, Mutaz Khawaja, yang melakukan serangan tembak pada 9 Mac 2023 di Dizengoff Street, Tel Aviv,” kata kenyataan tentera.

Menurut laporan Berita Harian, Khawaja, 23, adalah anggota sayap bersenjata Hamas Ezzedine al-Qassam Briged, kata kumpulan Islam Palestin yang memerintah Gaza.

Dia ditembak mati oleh polis Israel selepas serangan itu yang membunuh seorang warga Israel dan mencederakan dua lagi mangsa.

Kampung asalnya terletak berhampiran dengan Laluan Hijau yang memisahkan Israel dari Tebing Barat yang diduduki dan hampir 20 kilometer (12 batu) dari Tel Aviv.

Datuk Bandar Nilin, Yusef Khawaja berkata tentera Israel meminta semua penduduk blok pangsapuri empat tingkat itu meninggalkan rumah mereka sebelum merobohkan apartment tingkat berkenaan pada waktu subuh.

Tentera mengeluarkan video letupan apartmen itu.

Penduduk menaikkan potret besar Khawaja di tepi bangunan, memperingatinya sebagai ‘syahid’.

Tentera turut bertempur dengan ‘perusuh’ semasa operasi itu, kata tentera. Datuk Bandar berkata tiga orang cedera.

Israel, yang menduduki Tebing Barat sejak 1967 secara rutin merobohkan rumah individu yang dipersalahkan untuk serangan terhadap warganya.