2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

SM SANTUNI PENGHUNI PUSAT JAGAAN INSAN ISTIMEWA SRI MANJA

27 April – Serantau Muslim telah menyantuni penghuni Pusat Jagaan Insan Istimewa Sri Manja, Melaka pada minggu lalu.

Mereka ini merupakan insan yang istimewa dan patut kita semua ambil cakna.

Dalam program Tajaberbuka.com ini, Serantau Muslim telah memberikan penghuni di sana dengan pek iftar / juadah berbuka puasa.

Buat makluman semua, terdapat 49 orang penghuni termasuk penjaga AJK pusat jagaan tersebut yang telah turut serta dalam program ini.

Serantau Muslim mendoakan mereka di sana terus diberi kekuatan dan kesejahteraan dalam menjalani kehidupan seharian.

Untuk maklumat lanjut, layari www.tajaberbuka.com dan www.serantaumuslim.org.my