Info SemasaKenyataan Media

Sinar Harian: Misi bantuan tsunami kedua Januari ini

“Misi bantuan tsunami kedua Januari ini”

JAKARTA – INDONESIA: Kumpulan kedua bagi Misi Bantuan Kecemasan Tsunami Selat Sunda Serantau Muslim akan ke Banten, Indonesia bulan depan (Januari).

Ketua Misi kumpulan pertama, Shamsul Anwar M.Busra berkata, pihaknya telah mendapat senarai barangan keperluan yang diperlukan dalam tinjauan ketika misi pertama, Rabu lalu.

“Misi pertama kami Alhamduillah mencapai sasaran walaupun misi itu terpaksa ditamatkan lebih awal susulan masalah keselamatan.”

“Kita sudah ada senarai barangan keperluan diperlukan mangsa di pusat penempatan yang kita lawati jadi kumpulan kedua akan meneruskan misi kecemasan ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Kumpulan pertama yang terpaksa menamatkan misi lebih awal selepas kerajaan Indonesia mengeluarkan amaran status gunung berapi Anak Krakatau.

Kumpulan pertama telah menyerahkan bantuan bernilai RM10,000 dan kumpulan kedua dijangka akan mengumpulkan dana RM50,000.

Menurut Shamsul, rata-rata tempat penempatan mangsa yang dibuka penduduk itu serba kekurangan.

Keadaannya amat meyedihkan malah mareka kekurangan barangan bantuan seperti selimut, air bersih, makanan dan kanvas sebagai alas tidur atau khemah.

“Jadi, kita jangka sumbangan orang ramai yang sedang dikumpulkan akan dapat menampung keperluan kawasan-kawasan ini,” katanya.

Orang ramai yang mahu menyumbang boleh layari laman sesawang http://bantuankecemasan.com

 

Sumber: Sinar Harian