2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

SETENGAH JUTA PENDUDUK DI CONGO SENGSARA TIADA BEKALAN AIR BERSIH

GOMA: Kira-kira 500,000 penduduk di Republik Demokratik Congo (DRC) dilaporkan tidak menerima bekalan air bersih selepas kejadian letusan gunung berapi Nyiragongo bulan lalu.

Lapor BBC, Doktor Tanpa Sempadan (MSF) memaklumkan wabak taun merupakan endemik dan boleh menimbulkan ancaman besar kepada penduduk terjejas di kawasan itu.

“Ini kerana penyakit taun merebak menerusi bekalan air minuman yang tercemar.

“Justeru, terdapat keperluan mendesak untuk membekalkan air yang bersih dan selamat kepada penduduk di bandar Goma, timur Congo,” jelas badan amal perubatan itu.

Dilaporkan, sebuah takungan dan beberapa paip rosak akibat letusan gunung berapi Nyiragongo pada 22 Mei lalu.

Ratusan ribu penduduk masih tidak dapat pulang ke kediaman masing-masing.

“Kami sedang membantu untuk menyediakan keperluan segera untuk penduduk yang dipindah, tetapi ia masih tidak mencukupi.

“Oleh itu, kami menggesa sokongan daripada organisasi dan pertubuhan kemanusiaan untuk segera membantu penduduk ini,” kata Ketua Misi MSF di DRC, Magali Roudaut.

Menurut MSF, pasukannya ketika ini sedang menyalurkan bantuan perkhidmatan perubatan kepada penduduk terjejas di bandar Sake.

Katanya, antara 100,000 dan 180,000 penduduk berkumpul di gereja, sekolah, masjid untuk menerima bantuan tersebut. 

Sumber: Utusan Malaysia