2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

SERANTAU MUSLIM SOKONG TINDAKAN ABBAS DALAM MEMBANTAH PELAN DAMAI AS

Kenyataan Media Serantau Muslim

31 Januari 2020

Melaka, 31 Jan – Serantau Muslim (SM) bersetuju akan usaha yang bakal dilakukan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkenaan bantahan beliau terhadap pelan damai yang dinyatakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan datang.

Persetujuan ini adalah kerana pelan damai yang dirangka AS itu sangat tidak relevan dan berbentuk menindas terhadap rakyat Palestin. Hal ini boleh dilihat menerusi cadangan yang dikemukan Trump dengan melibatkan pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel dan beranggapan cadangan terbabit sebagai cadangan damai serta memberikan impak positif kepada ekonomi Palestin sehingga memberi pulangan keuntungan berbilion menerusi pelaburan yang bakal dilakukan.

SM melihat jika cadangan tersebut dilaksanakan AS, ia akan menambah kekuasaan Israel dan makin menyempitkan keadaan hidup rakyat Palestin kerana umum tahu gabungan AS dan Israel ini akan menghancurkan rakyat di sana bukanya membawa kebaikan.

Justeru, SM sangat berharap dan menyeru suara soladiriti seluruh umat Islam terhadap isu ini dan menentang sekeras-kerasnya usaha AS yang dianggap ‘Visi Keamanan’ tersebut demi keselamatan anak-anak dan rakyat Palestin pada masa akan datang.

Dalam masa yang sama, SM berharap resolusi Abbas untuk menentang pelan damai Timur Tengah akan berjaya agar nasib rakyat Palestin akan terus terbela.

SM juga sentiasa komited dalam membantu mencukupkan keperluan asas seperti makanan, bahan api dan kewangan bagi membantu mereka meneruskan kehidupan walaupun masih dalam keadaan serba kekurangan menerusi Tabung Kemanusiaan Palestin Serantau Muslim, di nombor akaun Maybank Islamik 5641 0042 3082

Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor

Pengerusi Serantau Muslim 

-pejuang cinta dan kasih sayang-

#peaceforarakan

#sendmelove

#serantaumuslim