SERANTAU MUSLIM HIDUPKAN KEMBALI KILANG ROTI!
Alhamdulillah setelah sekian lama kilang roti ini tutup, Serantau Muslim bersama MADAD dan KIUT telah berjaya membuka kembali kilang roti ini.
Kilang inilah yang akan menghasilkan roti-roti yang gebu untuk diagihkan kepada pelarian Syria secara percuma.
Sumbangan orang ramai telah menghasilkan roti yang begitu banyak untuk mereka yang memerlukan di sana.
Infaq anda menjadi kebahagiaan seluruh pelarian muslim di sana. Alhamdulillah.
Buat makluman semua, mereka di sana sanggup beratur pada malam hari walaupun keadaan di sana amat sejuk demi mendapatkan roti yang dikeluarkan dari kilang roti yang kembali beroperasi pada sebelah siangnya.
Ayuh sama-sama doakan segala urusan umat Islam di sana dimudahkan Allah SWT.
Layari www.untukmusyria.com untuk bersama-sama membantu mereka di sana!