2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-01-26 at 4.36.56 PM
Aktiviti SMInfo Semasa

SERANTAU MUSLIM HIDUPKAN KEMBALI KILANG ROTI!

Alhamdulillah setelah sekian lama kilang roti ini tutup, Serantau Muslim bersama MADAD dan KIUT telah berjaya membuka kembali kilang roti ini.

Kilang inilah yang akan menghasilkan roti-roti yang gebu untuk diagihkan kepada pelarian Syria secara percuma.

Fasa awal untuk proses pembuatan roti
Ustaz Hakim, Ustaz Tido, Ustaz Yaakub bersama-sama operator kilang menyediakan bahan mentah untuk membuat roti

Sumbangan orang ramai telah menghasilkan roti yang begitu banyak untuk mereka yang memerlukan di sana.

Roti yang telah siap dibakar
Roti yang telah siap dibungkus dan akan diagihkan

Infaq anda menjadi kebahagiaan seluruh pelarian muslim di sana. Alhamdulillah.

Buat makluman semua, mereka di sana sanggup beratur pada malam hari walaupun keadaan di sana amat sejuk demi mendapatkan roti yang dikeluarkan dari kilang roti yang kembali beroperasi pada sebelah siangnya.

Roti-roti diagihkan kepada pelarian Syria
Duta Rasmi Serantau Muslim, Ustazah Isfadiah bersama-sama mengagihkan roti-roti kepada keluarga pelarian di sana

Ayuh sama-sama doakan segala urusan umat Islam di sana dimudahkan Allah SWT.

Layari www.untukmusyria.com untuk bersama-sama membantu mereka di sana!