SERANTAU MUSLIM AGIHKAN KELENGKAPAN FRONTLINER DI HOSPITAL MELAKA
Melaka, 13 April 2020 – Pengerusi Serantau Muslim, Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor bersama beberapa orang kakitangan telah mengagihkan kelengkapan untuk kegunaan hospital.
Antara kelengkapan yang telah disampaikan ialah hand sanitizer, gaun ISO, sarung tangan, tudung sarung pakai buang dan apron untuk digunakan para doktor dan kakitangan perubatan Hospital Melaka.
Pada masa yang sama, wakil Hospital Melaka mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah menyampaikan bantuan secara langsung mahupun tidak.
Semoga frontliner di Hospital Melaka dapat melakukan tugas dengan baik dan selamat.
Alhamdulillah.
#serantaumuslim
#bantuankecemasan.com
#heromalaysia.com
509