SELAT SUNDA: AIR YANG KEBIASAANNYA TENANG MENGORBANKAN RATUSAN NYAWA
“SELAT SUNDA: AIR YANG KEBIASAANNYA TENANG MENGORBANKAN RATUSAN NYAWA”
Siapa sangka, air yang tenang mampu mengorbankan ratusan nyawa. Begitulah yang berlaku di Selat Sunda, Indonesia dek kerana amukan anak Krakatau menjelmakan tsunami yang begitu dahsyat. Kini lebih 400 telah dilaporkan terkorban dan ratusan lagi tidak dijumpai.
.
Da’i Afiqah antara yang menyertai Misi Kecemasan Tsunami Selat Sunda Serantau Muslim baru-baru ini berkongsi rasa duka tentang keadaan umat Islam disana yang menjadi mangsa bencana alam ini. Misi Serantau Muslim adalah antara yang terawal dilakukan oleh pihak daripada Malaysia. Lebih 300 pek bantuan berupa keperluan makanan, selimut dan kanvas telah disalurkan kepada mangsa tsunami yang sangat memerlukan bantuan.
.
Kini mereka ditempatkan di pusat penempatan sementara yang serba kesusahan dan kekurangan. Mangsa-mangsa tsunami ini semakin terdesak mengharapkan bantuan daripada kita khususnya rakyat Malaysia. Ayuh bantu kami menjayakan misi kedua tidak lama lagi, hulurkan sumbangan anda melalui akaun Maybank Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim 5641 0042 1083. Layari http://bantuankecemasan.com