2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

RIBUT DI MELAKA JEJAS AKTIVITI PENDUDUK, SEKOLAH, KENDERAAN

Melaka, 12 Ogos – Serantau Muslim mengucapkan takziah kepada semua penduduk yang terjejas akibat ribut yang berlaku pagi semalam di beberapa tempat di Melaka.

Kejadian ribut yang melanda negeri Melaka jam 9 pagi semalam telah menjejaskan aktiviti penduduk, sekolah dan kenderaan milik persedirian orang ramai.

Serantau Muslim melihat banyak perkongsian video dan foto dalam kalangan warganet tentang kejadian yang tidak terduga itu. Dalam kejadian yang tidak diingini itu juga, terdapat banyak kes pokok tumbang dan menghempap rumah beberapa kawasan.

Selain itu, Serantau Muslim turut mendapati laporan menyatakan terdapat bumbung rumah dan sekolah tercabut. Antara sekolah yang terjejas ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, Malim yang mana enam muridnya telah mengalami cedera ringan, luka-luka di kepala dipercayai terkena serpihan siling.

Keadaan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, Malim yang mana enam muridnya telah mengalami cedera ringan, luka-luka di kepala dipercayai terkena serpihan siling.

Dalam kejadian sama, Serantau Muslim difahamkan seramai 22 murid sekolah itu turut diberikan rawatan oleh petugas keselamatan agar tidak berada dalam keadaan terkejut.

Tempat yang dilaporkan terjejas akibat ribut kuat tersebut ialah SKJC Malim, rumah awam Bertam Malim, Taman Asean, Cheng, Taman Melaka Baru, Pulau Gadong, Pasar Borong Batu Berendam, Kampung Batu Berendam, Taman Melaka Baru, Jalan Wangi, Jalan AMJ, Klinik Desa Batu Berendam, Jalan Bachang, Batu Berendam, Taman Malim Jaya, Taman MGBM, Jalan Bachang Kampung Bakar Batu (hempap rumah), Jalan MJ 3 Taman Malim Jaya,Giant Hypermarket Cheng, SK Batu Berendam 1, Permatang Duyong, Taman Bukit Katil Indah, Jalan Kandang Ayer Molek, Taman Seri Pandan, Taman Melaka Baru, Jalan Melaka Baru 3/9, Lorong Malim Jata 2/6, Taman Malim Permai, Kawasan Batu Berendam, Jalan Datuk A, Taman Tanjung Minyak (hempap rumah), Lorong 2, Taman Seri Mangga, Jalan Melaka Baru 2/3, Jalan Batu Berendam 2/3, KM7, Batu 4 Jalan Batu Berendam (hempap rumah), 818-30B Jalan Batu Berendam (hempap rumah), Taman Seri Mangga (hempap rumah).

Serantau Muslim menyeru orang ramai sentiasa berhati-hati dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang dan berharap mereka yang menerima ujian ini diharapkan tabah serta tidak melakukan perkara yang tidak diingini.

Serantau Muslim juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasuka APM, JBPM, PBT dan pelbagai agensi terlibat menjalankan operasi pembersihan dan sebagainya.

Sumber: Media tempatan, TMRC 999, komuniti di Kawasan sekitar dan penghulu.