2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

PM PAKISTAN GESA RAKYAT ZAHIRKAN SOLIDARITI BERSAMA PENDUDUK KASHMIR

 

ISLAMABAD, 30 Ogos – Imran Khan, Perdana Menteri Pakistan menggesa semua rakyatnya menyertai protes secara besar-besaran bagi membantah tindakan kerajaan India membatalkan status khas Kashmir pada awal bulan ini.

 

“Saya mahu semua rakyat Pakistan keluar dari rumah masing-masing pada pukul 12 hingga 12.30 tengahari esok bagi menzahirkan solidariti bersama penduduk Kashmir.

 

“Kita harus menghantar mesej yang kuat kepada penduduk Kashmir bahawa Pakistan berdiri teguh di belakang mereka,” kata Imran di laman Twitter beliau.

 

Sumber: Utusan Malaysia