PAKISTAN BAWA KES PERTIKAIAN KASHMIR KE ICJ
ISLAMABAD, 22 Ogos – Pakistan hari ini berkata pihaknya akan membawa kes pertikaian Kashmir dengan India ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Langkah itu dibuat selepas New Delhi membatalkan Perkara 370 dalam Perlembagaan India yang memberikan autonomi khas kepada Kashmir pada awal bulan ini.
Shah Mehmood Qureshi, Menteri Luar Pakistan menyatakan pihaknya membuat keputusan untuk membawa kes Kashmir ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
Shah Mehmood Qureshi mengambil keputusan itu selepas meneliti semua aspek perundangan.
Sementara itu, jurucakap di Kementerian Luar India tidak memberikan sebarang komen mengenai isu itu.
Sumber: Berita Harian
386