2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

LIMA TERBUNUH DALAM PERTEMPURAN DI SYRIA

ShareTweet

BEIRUT – Empat rejim Syria dan seorang pemberontak dilaporkan terbunuh dalam satu lagi pertempuran di barat laut Syria semalam, walaupun gencatan senjata diisytiharkan selama 12 hari, kata pasukan pemerhati perang.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) yang beribu pejabat di Britain, pertempuran itu berlaku di selatan negara itu, yang juga kubu kuat strategik terakhir kumpulan pemberontak di wilayah Idlib.

Wilayah itu sedang melalui gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 6 Mac lalu.

Satu insiden berbalas tembakan turut dilaporkan berlaku pada awal pagi hari pertama gencatan senjata berkenaan bermula dengan enam askar rejim dan sembilan pejuang jihad terkorban.

Bagaimanapun, tentera rejim dan pesawat perang Russia didapati tidak melakukan sebarang serangan udara membabitkan wilayah berkenaan.

Ketua badan pemerhati, Rami Abdel Rahman, berkata gencatan senjata yang dipersetujui rejim sekutu Russia dan penyokong pemberontak Turki itu meningkatkan keyakinan ia mampu menghentikan serangan kerajaan dalam tempoh sebulan yang disasarkan kepada kubu pemberontak di wilayah menempatkan kira-kira tiga juta penduduk.

Tentera Russia mengebom wilayah itu sejak Disember tahun lalu, ia mengorbankan kira-kira 500 orang awam selain memaksa hampir sejuta penduduk terpaksa melarikan diri. 

Sumber: Berita Harian