2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-10-13 at 9.44.38 AM
Info Semasa

‘Lantai dipenuhi darah’ – Doktor di hospital Gaza

GAZA – Seorang doktor di Hospital Al-Shifa, di sini, berkongsi situasi yang semakin genting di Gaza dengan memberitahu tiada katil untuk pesakit yang cedera dan keluarga pesakit yang terluka hanya mampu terbaring di lantai di hospital.

Menurut Sinar Harian melalui BBC News, Dr. Mohamad Matar, masalah terburuk yang mereka hadapi sekarang adalah kekurangan bekalan-bekalan yang semakin habis dalam semua keperluan.

Dr. Matar menjelaskan, sepanjang sembilan tahun berkhidmat sebagai doktor di Gaza, beliau “menyaksikan berlaku banyak peningkatan (berhubung) perang antara Israel dan Palestin” tetapi mengatakan (perang) kali ini “sangat… sangat berbeza”.

“Rakan-rakan saya di bilik operasi terpaksa memilih di antara pesakit-siapa yang lebih mungkin untuk bertahan hidup ataupun tidak”.

Sama-sama kita doakan dan bantu mereka yang berada di sana agar terus kuat dan dapat menghadapi ujian berat ini sebaiknya.