2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2022-12-13 at 10.46.58 AM
Info SemasaUncategorized

Kumpulan bersenjata serang masjid, belasan jemaah termasuk imam maut

MAIDUGURI: Sekumpulan lelaki bersenjata di Nigeria membunuh belasan jemaah, termasuk seorang imam, serta menculik sebahagian lagi mereka dari sebuah masjid, semalam.

Seorang penduduk Funtua di negeri Katsina, Lawal Haruna, berkata penyerang terbabit tiba di Masjid Maigamji dengan menunggang motosikal sebelum melepaskan tembakan secara rambang, menyebabkan jemaah bertempiaran diri menyelamatkan diri.

Beliau berkata, kira-kira 12 jemaah yang sedang menunaikan solat termasuk ketua imam, maut selepas terperangkap dalam serangan waktu malam itu.

Seorang lagi penduduk Funtua, Abdullahi Mohammed, berkata penyerang berkenaan kemudian mengumpulkan ramai orang dan membawa mereka ke dalam kawasan semak.

“Saya berdoa agar penyamun membebaskan orang tidak bersalah yang mereka culik itu,” katanya.

Jurucakap Polis Katsina, Gambo Isah ketika mengesahkan insiden itu memaklumkan, pengawal yang disokong kerajaan dengan bantuan sejumlah penduduk kemudian berjaya menyelamatkan beberapa jemaah terbabit.

Kumpulan bersenjata yang lazim dikenali sebagai penyamun, dari semasa ke semasa dilaporkan menyerang masyarakat dan membunuh atau menculik mereka untuk mendapatkan wang tebusan.

Malah, kumpulan terbabit juga memaksa penduduk kampung untuk membayar wang perlindungan sebelum dibenarkan bertani dan menuai hasil tanaman mereka.

Sumber: BH