2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
43c5f92f-4c0f-468c-8967-f6712d2596c2.jpg
Info Semasa

Kongres AS: Rashida usulkan resolusi Nakba

WASHINGTON: Ahli Kongres wanita dari parti Demokrat, Rashida Tlaib mengusulkan satu resolusi bagi mengiktiraf Nakba Palestin di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS).

Lapor Al Jazeera, anggota Kongres Michigan itu mengusulkan resolusi tersebut kelmarin, sehari selepas penduduk Palestin memperingati ulang tahun ke-74 Hari Nakba.

“Resolusi Nakba didokumentasi dengan baik dan terus dibentangkan.

“Kita harus mengakui hak penduduk Palestin telah dinafikan apabila pihak tertentu enggan mengaku melakukan jenayah perang dan pencabulan hak asasi manusia dalam apartheid Israel,” katanya di Twitter.

Nakba merupakan istilah digunakan untuk menggambarkan pemindahan secara paksa ratusan ribu penduduk Palestin menjelang penubuhan Israel pada tahun 1948.

Rashida yang berketurunan Palestin memaklumkan resolusi itu diusulkan bersama anggota Kongres Betty McCollum, Marie Newman, Ilhan Omar and Alexandria Ocasio-Cortez.

Meskipun usul itu tidak mungkin diluluskan dalam Dewan Perwakilan berkenaan, beberapa aktivis hak Palestin memuji dan menyifatkan langkah itu sebagai `bersejarah’.

Sebuah badan pemikir yang menyokong hak Palestin, Institut Pemahaman Asia Barat (IMEU) menzahirkan ucapan terima kasih kepada Rashida kerana mengusulkan resolusi demikian.

“Kami berterima kasih kepada Rashida kerana menyuarakan realiti itu selain membangkitkan kesakitan dan ketidakadilan dialami penduduk Palestin.

“Semasa penubuhan Israel, hampir 75 peratus penduduk Palestin diusir keluar secara paksa malah lebih 400 kampung mereka turut dimusnahkan.

“Tindakan ini sengaja dirancang dan dilakukan oleh rejim zionis untuk mencuri tanah Palestin,” jelas IMEU menerusi Twitter.

Jutaan mangsa Nakba dan keturunan mereka terus menetap di kem pelarian di Tebing Barat dan Gaza serta di negara-negara Arab berhampiran.

Sumber: Utusan