Info SemasaKenyataan Media

Kenyataan Media 28 Ogos 2018

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”MYANMAR HARUS ADIL DALAM SEBARANG TINDAKAN YANG DIBUAT” font_container=”tag:h1|text_align:center”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]

SERANTAU MUSLIM yakin isu kemanusiaan yang berlaku di Myanmar adalah dirancang rapi dan memiliki niat genosid untuk memusnahkan etnik muslim Rohingya di sana. Hal ini terbukti dengan laporan terbaru daripada pemyiasat yang dilantik oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang telah membuktikan bahawa pihak tentera Myanmar sengaja membiarkan pembataian ganas terhadap etnik Rohingya dan telah menghapuskan segala bukti kejahatan mereka agar tidak dapat dihidu oleh mana-mana pihak sebelum ini.

Dalam pada itu, SERANTAU MUSLIM merasakan maklumat yang dikumpulkan penyiasat PBB sebanyak 20 halaman telah menguatkan lagi bukti untuk menjalankan siasatan terhadap angkatan bersenjata, di penjabat senior komando Tatmadaw terhadap insiden yang telah berlaku ke atas muslim Rohingya di Rakhine.

SERANTAU MUSLIM turut memuji tindakan kumpulan penyiasat PBB yang telah menemubual seramai 875 mangsa dan saksi yang berada di Bangladesh untuk dijadikan bukti sahih bagi mengemukakan bukti terhadap pihak berwajib.

SERANTAU MUSLIM merasakan keadaan yang berlaku terhadap muslim minoriti di Rakhine ini adalah sangat tidak adil dan tidak wajar dilakukan kerana ia memberi ancaman keamanan dan membangkitkan kemarahan daripada seluruh populasi muslim di seluruh dunia.

SERANTAU MUSLIM juga ingin menggesa pemenang Nobel Perdamaian, Suu Kyi agar dapat menggunakan kuasa yang dimilikinya agar menangani keganasan dan kemanusiaan sebaiknya.

Pada masa yang sama, SERANTAU MUSLIM menyeru kerajaan Malaysia agar mendesak kerajaan Myanmar agar berlaku adil dalam sebarang tindakan yang dilakukan. Kerajaan Myanmar perlu mengambil tindakan terhadap Ketua Tentera dan General tentera terbabit seperti yang dilaporkan oleh penyiasat PBB, Radhika Coomaraswamy sekiranya benar kerajaan Myanmar tidak bersekongkol dengan tentara dalam genosid etnik Rohingya ini

SERANTAU MUSLIM berharap kerajaan Myanmar dapat menghentikan krisis kemanusiaan di Myanmar dengan segera agar keamanan dan kestabilan negaranya dapat dicapai. SERANTAU MUSLIM juga berharap pihak yang terbabit dalam jenayah genosid dapat menerima hukuman setimpal.

“Persaudaraan Rentas Sempadan”

Dr Raja Ahmad Iskandar bin Raja Yaacob
Pengerusi
Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_single_image image=”2331″ img_size=”medium” alignment=”center”][/vc_column][/vc_row]