Info SemasaKenyataan Media

Kenyataan Media 25 September 2018

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”SKIM INSURANS KESIHATAN ‘MODICARE’ SUATU USAHA PENTING MEMBANTU PENDUDUK MISKIN INDIA” font_container=”tag:h1|font_size:30|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]SERANTAU MUSLIM mengucapkan syabas atas tindakan terbaru kerajaan India yang diterajui Perdana Menterinya, Narendra Modi kerana telah melancarkan skim insurans kesihatan terbesar di dunia yang akan melindungi penduduk yang kurang berkemampuan di negara tersebut.

SERANTAU MUSLIM melihat program insurans dikenali sebagai ‘Modicare’ yang meliputi kira-kira 500 juta penduduk miskin di India sebagai satu program jangka panjang yang bakal memberi manfaat yang signifikan. Ini memandangkan realiti hari ini di mana kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat, sedangkan perbelanjaan persendirian ‘out of pocket’ semakin tinggi nilainya dan menjejaskan mereka yang terlibat.

Program yang dilihat baik SERANTAU MUSLIM itu menelan kos sebanyak RM6.6 bilion setahun dari kerajaan pusat dan 29 kerajaan negeri yang memperuntukan nilaian sebanyak 500,000-rupee bersamaan RM28,541 kepada setiap keluarga miskin yang mempunyai rawatan penyakit serius.

Pada masa yang sama, SERANTAU MUSLIM merasakan India telah mengalami satu perubahan kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. Menurut laporan Bank Dunia pada Julai lalu, banyak pengurangan jumlah penduduk yang berada dalam kemiskinan ekstrim dan salah satu negara terbaru yang dicatat ialah India. Namun begitu, ada dakwaan menyatakan lebih dua pertiga daripada lebih 1.2 bilion adalah golongan miskin.

Walau apapun, SERANTAU MUSLIM berharap kehidupan penduduk miskin di India akan lebih terjamin dan pihak hospital swasta tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan semata-mata sehingga membebankan penduduk di sana. Semua pihak perlu peka untuk memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.

‘Persaudaraan Rentas Sempadan’

Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor
Pengurus Besar
Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_single_image image=”2358″ img_size=”medium” alignment=”center”][/vc_column][/vc_row]