2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

KENYATAAN MEDIA 15 NOVEMBER 2018

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”SERANTAU MUSLIM MERIAHKAN KONVO FEST UTP DENGAN PROGRAM KEMANUSIAAN” font_container=”tag:h1|font_size:33|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]Oleh Wartawan Serantau Muslim

 

Perak, 15 Nov – SERANTAU MUSLIM kini sedang mengadakan program kemanusiaan di Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang bertempat di dewan besar UTP. Program tersebut bermula dari 14 November hingga 18 November 2018.

Fokus program yang diadakan Serantau Muslim kali ini adalah memberi pendedahan berkenaan kegiatan yang dijalankan Serantau Muslim. Pengunjung juga boleh melihat pelbagai bahan pameran dan infografik menarik yang disediakan Serantau Muslim.

Dalam masa yang sama, Serantau Muslim turut membuka peluang kepada para pelajar dan orang awam yang hadir untuk menjadi sukarelawan Serantau Muslim dan ia menjanjikan 1001 pengalaman buat mereka yang terpilih.

Bukan itu sahaja, Serantau Muslim juga membuka peluang kepada pengunung Konvo Fest UTP untuk menyertai program waqaf.my bersama Serantau Muslim. Program waqaf.my yang dijalankan ini adalah bagi membantu muslim minoriti di negara-negara Asean.

Lanjutan daripada itu juga, Serantau Muslim mengadakan Charity Drive di seluruh tapak Konvo Fest UTP bagi tujuan memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan mereka kepada golongan yang memerlukan.

Selain itu, pengunjung juga boleh menyaksikan forum bersama tetamu jemputan khas Serantau Muslim, Dai’ Wan Dazrin pada 19 November ini. Orang ramai dijemput hadir mendengar forum yang bertemakan “Apa Peranan Kita” secara percuma pada jam 9 malam.

Program bakal dimeriahkan lagi dengan kehadiran, Pengurus Besar Serantau Muslim, Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor yang akan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman beliau sepanjang bersama Serantau Muslim menjalankan aktiviti kemanusiaan.

Tidak ketinggalan juga, pengunjung akan didendangkan dengan beberapa buah lagu oleh kumpulan Salamyn yang bakal menyampaikan mesej-mesej kemanusiaan pada malam tersebut.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dan semua pelajar serta kakitangan UTP dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program kemanusiaan yang dijalankan Serantau Muslim di Konvo Fest UTP.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]