Kenyataan Media 05 Oktober 2018
[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”BIARKAN RAKYAT PALESTIN MENDAPAT HAK MEREKA DAN SISTEM PBB PERLU DIPERBAHARUI” font_container=”tag:h1|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]Oleh Dr Raja Ahmad Iskandar bin Raja YaacobTangisan, jeritan, amarah, darah dan kematian adalah perkara biasa buat rakyat Palestin yang mendiami bumi anbiya itu. Kekejaman dan kemusnahan yang dilakukan puak Israel dan sekutunya telah melanggar batas kemanusiaan. Banyak orang awam tercedera dan terkorban akibat tembakan peluru hidup terutama dalam insiden tunjuk perasaan terbesar sempena acara ‘Perarakan Kepulangan Besar-besaran’di sempadan Gaza-Israel sejak Mac yang lalu.
Insiden seorang remaja Palestin ditembak mati rejim Zionis sangat meruntun jiwa. Berita kematian remaja yang berusia 15 tahun itu menjadi tular di media tempatan dan antarabangsa. Iinsiden berdarah ini turut mendapat perhatian Penyelaras Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Nickolay Mladenov yang turut sama melahirkan rasa kecewa dengan tindakan rejim Zionis.
Manakala insiden sukarelawan perubatan, Razan Al-Najjar yang membantu rakyat Palestin untuk mendapat rawatan juga tidak terkecuali menjadi isu hangat dan mendapat liputan kerana ditembak mati oleh tentera Israel tanpa belas kasihan.
Tidak habis dengan itu, Israel juga telah melepaskan tembakan sebagai tindak balas terhadap seorang remaja lelaki Palestin, Ezz El-Deen al-Tamimi, 21, yang membaling batu kepada mereka. Hal ini telah dimaklumkan oleh Kementerian Penerangan Palestin yang mana tentera rejim Zionis menembak remaja tersebut tanpa belas kasihan.
Jika diteliti, kesemua tindakan rejim ini adalah sangat keanak-anakan. Tindakan rejim Zionis tidak sepatutnya melakukan kekejaman terhadap mereka yang tidak bersalah ditambah kebanyakan mangsa yang terkorban adalah kanak-kanak, remaja dan kaum wanita yang sememangnya bukan lawan sebenar kepada rejim Zionis yang bersenjata hebat itu.
Kekejaman Israel ini tidak habis dengan mengorbankan penduduk awam yang tidak berdosa sahaja malah mereka turut merobohkan sebuah perkampungan Badawi Palestin di Tebing Barat seperti yang diperintahkan mahkamah tertinggi Israel pada beberapa bulan yang lalu. Pihak berkuasa Israel dilihat tidak dapat berhenti ‘menyakiti’ penduduk Palestin secara mental mahupun fizikal.
Rentetan insiden-insiden yang berlaku ini, banyak usaha dan gesaan daripada wakil dunia agar tindakan kejam Israel dan sekutunya menghentikan insiden berdarah di bumi anbiya itu, namun hasilnya masih tidak ke arah positif. Rakyat tidak berdosa terus terperangkap dalam serangan yang dari pelbagai arah dilancarkan.
Kempen boikot barangan Israel seperti BDS (Boycott, Dinvesment, Sanction) juga turut diadakan di seluruh dunia seolah-olah tidak memberi kesan kepada Israel dan sekutunya.
Menteri Luar Perancis, Jean-Marc Ayrault pula pernah mengingatkan Israel sebelum ini bahawa penduduk awam Palestin perlu dilindungi dan mereka mempunyai hak untuk melakukan demontrasi secara aman tetapi Israel langsung tidak mengendahkan saranan tersebut. Nyawa penduduk Palestin terus menjadi taruhan.
Dalam masa sama, Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman yang dilihat begitu keras kepala tidak kisah akan tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap mereka kerana mereka didakwa dilindungi kuasa dunia yang hebat. Sebelum ini, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres; Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Federica Mogherini, dan pemimpin pernah berhasrat mewujudkan satu siasatan bebas terhadap tindakan rejim Zionis namun ia tidak kesampaian. Israel mengemukakan 1001 alasan demi mempertahankan tindakan zalim tentera mereka dan menyatakan tindakan yang dilakukan mereka terhadap rakyat Palestin adalah serangan balas semata-mata.
Sikap Avigdor Lieberman dan puak-puaknya dilihat tidak profesional dan tidak bertamadun kerana menafikan serangan balas yang dilakukan puak mereka atas alasan sebagai serangan balas terhadap batu-batu kecil dan tayar-tayar yang dibakar penduduk Palestin ke arah mereka. Puak Israel juga dilihat pengecut dan bacul kerana tidak mahu diadili sewajarnya walaupun telah melakukan jenayah antarabangsa.
Jika diamati
secara holistik, terdapat banyak negara yang membenci tindakan Israel namun masih tidak cukup kuat untuk melemahkan penjenayah antarabangsa itu. Kekerasan terus berlaku. Presiden Turki, yang juga merupakan ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Recep Tayyip Erdogan pernah menggelar tindakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai seorang pengganas kerana melakukan pembunuhan kejam terhadap rakyat Palestin.
Apa yang menyedihkan ialah sehingga hari ini Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang bertindak mendamaikan negara bertelagah, masih belum mampu menghentikan menghentikan serangan daripada tentera Israel.
Keadaan yang berlaku ini adalah kerana peranan yang dimainkan negara-negara yang menganggotai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak berfungsi sebaiknya. Oleh hal demikian, keamanan di Palestin masih tidak dapat dirasai penduduk di sana disamping Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) juga belum dapat memainkan peranan masing-masing demi menghentikan pertikaian hebat ini dan melindungi kepentingan umat Islam di Palestin.
Walau bagaimanapun pakar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Alexandra Novosseloff turut mengutarakan berpendapat beliau bahawa bukan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sahaja perlu dipersalahkan kerana gagal menghentikan pertumpahan darah di negara bergolak, malah semua anggota majlis perlu bersatu padu demi menyelamatkan Palestin dari keganasan musuh-musuh luar.
PBB juga pernah menggesa Israel agar tidak bertindak menggunakan tekanan ke atas warga Palestin yang membuat bantahan di bahagian sempadan Israel-Gaza. Amaran ini juga merupakan amaran kedua selepas Perancis turut memberi teguran yang sama namun banyak alasan lapuk yang dinyatakan rejim Zionis sebagai legitimasi bertindak balas dalam meleraikan perusuh mengikut peraturan yang ditetapkan adalah alasan tidak berasas kerana Israrel menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata untuk menyerang penduduk Israel.
Sebelum ini juga Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) turut menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menyiasat Israel sususlan kematian 39 penduduk Gaza akibat ditembak rejim Zionis, namun kertas siasatan yang dicadangkan ke ICC berhubung tindakan kejam Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Liberman masih belum dilihat hasilnya.
Justeru, situasi genting ini tidak dapat diselesaikan dengan mudah jika tiada kesepakatan suara kuasa veto dunia yang terdiri daripada Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Cina dan Rusia bagi menghalang perkara ini terus berlaku.
Perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini turut lantang menyuarakan pendapat beliau yang mana Malaysia merasa kecewa beliau terhadap lima kuasa besar dunia yang mempunyai kuasa veto iaitu Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Rusia dan China kerana tidak berperanan sewajarnya.
Pada masa yang sama, Tun Dr Mahathir turut menyatakan bahawa kelima-lima negara yg mempunyai kuasa veto itu tidak harus bercakap mengenai perubahan rejim di negara lain sedangkan mereka sendiri tidak dapat memberikan demokrasi dalam sebuah badan antarabangsa. Tun Dr Mahathir yang juga menyifatkan kelima-lima negara tersebut adalah hipokrit kerana tidak melakukan seperti apa yang dinyatakan mereka dan turut berharap sistem veto PBB dapat diperbaharui.
Perdana Menteri Malaysia juga berharap tindakan Israel yang melanggar undang-undang dapat diberi perhatian dunia dan membiarkan Palestin dapat menuntut semula tanah mereka dan menjadikan mereka sebuah negara berteraskan keadilan dan undang-undang.
Sehubungan itu, SERANTAU MUSLIM sangat berharap saranan dan gesaan dari negara yang menyokong perdamaian di negara Palestin dapat dilaksanakan segera oleh pihak berkuasa dunia. SERANTAU MUSLIM juga menyanjung ucapan Perdana Menteri Malaysia itu dan SERANTAU MUSLIM sendiri akan terus konsisten membela nasib rakyat Palestin dengan menyediakan platform untuk orang ramai membantu penduduk Palestin menerusi Tabung Kemanusiaan Palestin Serantau Muslim, Maybank 5641 0042 3099
Penulis adalah Pengerusi Pertubuhan Kebajikan
SERANTAU MUSLIM
05 Oktober 2018[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_single_image image=”2408″ img_size=”medium” alignment=”center”][/vc_column][/vc_row]