2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

KEADAAN YANG MENYENTUH HATI DI KEM PELARIAN SYRIA

Keadaan kem-kem yang menjadi tempat berteduh pelarian Syria begitu menyentuh hati kita semua.

Banyak gambar yang dikirim kepada Serantau Muslim yang mana menggambarkan betapa sukarnya keadaan mereka di sana.

Keadaan yang berlecak dan berair sedikit sebanyak telah menyukarkan pergerakan mereka di sana.

Di sini terdapat beberapa gambar yang diambil dari udara yang mana menunjukkan tenggelamnya beberapa khemah di kem berhampiran Idlib di utara Syria, akibat dari hujan yang berterusan.

Sepanjang musim sejuk ini, lebih dari 492 khemah akibat hujan lebat di Idlib dan utara Aleppo.

Dari sudut lain, terdapat ramai kanak-kanak yang berasa sedih dengan keadaan mereka di sana.

Mereka melalui hari-hari yang sukar dan tidak dapat seperti mana kanak-kanak di Malaysia lakukan.

Buat makluman, lebih 1.1 juta penduduk Idlib tinggal di khemah khemah. Kem-kem tersebut kini ditenggelami air dan dilanda hujan lebat bila mana musim hujan.

Dalam waktu yang sama, turut dimaklumkan bahawa statistik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyatakan 34% kanak-kanak menderita stunting (kerana kekurangan zat makanan & penyakit), manakala 37% lagi ibu-ibu mengalami kekurangan zat makanan.

Serantau Muslim berharap isu kemanusiaan ini akan berakhir dan semua manusia berhak hidup bahagia. Ayuh, doakan mereka dan kita semua agar sentiasa dalam rahmat Ilahi.

Sumber: Serantau Muslim dan Bonyan Organization