2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
82b4bfa8-a813-4283-a950-ee662961b4ee.jpg
Info Semasa

Israel punca ‘kitaran’ keganasan

Geneva: Penjajahan dan diskriminasi Israel terhadap rakyat Palestin punca utama kitaran keganasan yang tidak berkesudahan, kata penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyebabkan Israel melakukan protes atas syor itu.

Pasukan penyiasat peringkat tinggi yang dilantik tahun lalu oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB untuk menyiasat semua punca asas dalam konflik selama berdekad-dekad itu, ‘menuding jari’ ke arah Israel.

“Menamatkan penjajahan tanah oleh Israel kekal penting dalam menamatkan kitaran keganasan yang berterusan,” kata mereka dalam satu laporan, mengecam banyak bukti Israel “tidak berniat” berbuat demikian.

Laporan setebal 18 muka surat itu tertumpu terutamanya dalam menilai barisan panjang penyiasatan, laporan dan keputusan PBB yang lalu mengenai situasi itu, dan bagaimana jika penemuan itu dilaksanakan.

“Syor dalam laporan lalu ditujukan kepada Israel,” kata ketua penyiasat Navi Pillay, bekas ketua hak PBB dari Afrika Selatan dalam satu kenyataan.

Katanya, ia adalah penunjuk sifat tidak simetri konflik dan realiti satu negeri menduduki negara lain.

“Penyiasat juga menentukan syor itu secara keseluruhannya tidak dilaksanakan,” katanya sambil menunjuk kepada gesaan untuk memastikan akauntabiliti bagi pelanggaran undang-undang antarabangsa Israel.

Sumber: Harian Metro