2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

ISRAEL MUSNAHKAN PERKAMPUNGAN PALESTIN

BAITULMAQDIS: 1sr@el semalam sekali lagi merobohkan perkampungan masyarakat Badwi dan pengembala Khirbet Humsu di Tebing Barat, buat kali kelima sejak tahun lalu.

Tindakan cuba menghapuskan penempatan milik warga Palestin itu menyebabkan sekurang-kurangnya 65 orang termasuk 35 kanak-kanak hilang tempat tinggal.

Perbuatan itu didedahkan wakil Konsortium Perlindungan Tebing Barat, Christopher Holt, iaitu sekumpulan agensi bantuan antarabangsa yang disokong oleh Kesatuan Eropah (EU) bagi membantu penduduk Palestin.

“Tindakan ini mengakibatkan penduduk yang bergantung mata pencarian dengan mengembala kira-kira 4, 000 biri-biri, hilang tempat tinggal dan ini kali kelima perkampungan mereka dimusnahkan sejak tahun lalu.

“EU sebelum ini sudah membantu penduduk membina semula penempatan selepas dirobohkan Februari lalu dan tindakan regim Yahudi kali ini secara terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya.

“Ini adalah peningkatan kezaliman yang sangat serius,” katanya yang secara kebetulan berada di kawasan terbabit ketika tentera tiba tanpa sebarang amaran kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan dan mengarahkan penduduk berpindah.

Jelas beliau penduduk enggan mematuhi arahan berpindah, namun mereka dipaksa keluar dan kediaman mereka diratakan dengan jengkaut.

1sr@el yang kini dipimpin pakatan diketuai oleh Perdana Menteri, Naftali Bennett, berkata kampung itu dibina secara haram di tengah-tengah kawasan padang latihan menembak tenteranya.

Seorang pegawai keselamatan 1sr@el berkata pihaknya sudah mengadakan perbincangan selama berbulan-bulan dengan penduduk dan menawarkan lokasi alternatif lain yang berdekatan.

Sementara itu, Holt berkata penduduk tidak diberikan peringatan awal dan mendakwa mereka tidak mempunyai tempat lain untuk dituju dalam keadaan panas terik.

Selepas penempatan mereka dirobohkan, penduduk berusaha membaiki pagar dengan harapan dapat mengumpulkan biri-biri mereka sebelum malam.

Khirbet Humsu, perkampungan di dataran tinggi Lembah Jordan, adalah sebahagian daripada 60 peratus Tebing Barat yang dikenali sebagai Kawasan C.

Ia berada di bawah kawalan penuh 1sr@el sebagai sebahagian daripada perjanjian damai sementara sejak 1990-an.

Semalam, Isaac Herzog berjanji untuk menyelesaikan perpecahan serius dalam kalangan masyarakat 1sr@el dan Palestin sebaik beliau mengangkat sumpah jawatan untuk menjadi Presiden ke-11 Israel.

Herzog, 60, berjanji akan menjadi ‘presiden untuk semua’ sambil menambah beliau berjanji menunaikan harapan utama warga 1sr@el dan Palestin untuk meredakan kemarahan, ketegangan serta membawa ketenangan. 

Sumber: Berita Harian