IBU DI PALESTIN MATI DITEMBAK TENTERA ISRAEL, KETIKA BANCUH SUSU UNTUK ANAK
Seorang wanita di Palestin disahkan meninggal dunia pada Jumaat, selepas nyawanya tidak berjaya diselamatkan akibat terkena tembakan daripada tentera Israel di kejiranan Jenin al-Jabriyath di Tebing Barat yang diduduki.
Kementerian Kesihatan Palestin mengatakan, Dalya Samhoudi, seorang ibu kepada tiga anak berusia 23 tahun, terkena peluru ke dada yang menembusi hatinya. Dia kemudian dibawa ke rawatan intensif di mana dia meninggal pada hari Jumaat.
Seorang rakan karib Samhoudi mengatakan bahawa dia ditembak ketika dia sedang membancuh susu untuk diberikan kepada bayinya yang sudah kehausan, selepas mangsa tertarik ke tingkap ketika dia berusaha menutup gas pemedih mata.
Lebih kejam lagi, agensi berita Wafa mengatakan tentera Israel menembak ambulans yang dipanggil untuk membawa Samhoudi ke hospital.
Semasa serbuan pada awal hari Jumaat, tentera Israel menyerbu kediaman bekas tahanan Palestin Khaled Suleiman Abu Hassan.
Serangan di rumah Hassan menyebabkan konfrontasi antara pemuda tempatan dan tentera Israel, yang menembakkan peluru, gas pemedih mata dan bom bunyi.
Tentera Israel memberitahu AFP bahawa mereka tidak mengetahui tentang Samhoudi dan mengatakan bahawa operasi “rutin” berubah menjadi rusuhan.
Sumber: Borakdaily.com